Thursday, November 1, 2012

Still waiting

Saya nak kongsi pengalaman dalam usaha untuk mendapatkan 'hadiah istimewa' dari Allah S.W.T. Sebelum tu untuk pengetahuan semua dah 4 tahun saya dan suami mendirikan rumah tangga. Agak lama menanti...tapi ada pasangan lain 15 tahun tunggu baru dapat. Setiap manusia diduga berlainan mengikut kemampuan masing2. Kawan-kawan yang senasib dengan saya, janganlah kita bersedih. Ingat kita adalah insan terpilih untuk terima dugaan ini. Insyallah ada hikmahnya.

Entri ni agak berjela panjangnya.

1. Percubaan pertama di private hospital 
Atas nasihat kawan2 saya cuba untuk dptkan rawatan di hosp maternity di Pulau Pinang. 1st step dr   scan rahim utk cek size dan bentuk rahim samada sesuai atau tak untuk pregnant. Alhamdulillah semua ok. lepas tu dr bagi ubat subur Clomid. Clomid ni perlu diambil pada hari ke2 hingga hari ke6 period. Dos yang dr ni tetapkan adalah sehari sebiji.

So next period chik Ja makan ubat seperti yg dr suruh and dtg scan semula pada hari ke10 period. dr bagtau dah ada telur yang akan matang dlm 3,4 hari lagi. so dr cadangkan beberapa tarikh yang perlu dot dot bersama suami.

Sebenarnya saya amat berharap pregnant time tu. sbb dr ckp xde ok semua. tapi xde rezeki.emm yang xbestnye dr ni xfollow up pun patient die suh dtg lg next cycle. maybe sbb hosp bersalin bkn hosp pakar bidan...emmm.


2. Percubaan ke2 di hosp kerajaan
Setelah kuciwa dengan cara rawatan di private maternity hosp, chik Ja try pulak di hospital seberang jaya. Step untuk dapatkan rawatan di hospital kerajaan berkaitan O&G:
i. dapatkan reference letter dari mana2 klinik (cakap je dr nak reference letter utk buat rawatan di hosp kerajaan)
ii.  Bawa surat tu ke bahagian O&G hosp kerajaan. nanti nurse kt klinik akan bagi tarikh utk 1st appoinment. jgn terkejut kalo tarikh tu adalah tarikh sebulan kemudian. kalo nak buat rawatan di hosp kerajaan kita kena pegang prinsip 'patient'. huhu benda murah mmg gitu la ye.
iii. Kalo di hosp seberang jaya untuk consultation mmg akan jatuh pada hari rabu. tips untuk tak rasa keboringan, bwk la news paper, magazine atau ipad. sebab mmg lame giler kena tunggu. paling cepat 2 jam yer.

di hosp seberang jaya ni chik Ja dah attend beberapa appointment:

1st appoinment: (hari rabu ye)
Selepas menunggu 2 jam chik Ja di panggil masuk oleh seorang dr perempuan India. nasib baik perempuan. die interview beberapa soalan dan scan rahim luar dan dalam. dalam tu maksudnya dia masukkan kamera kt bawah tu ye...hasil dari scan tu dr bgtau semuanya normal.alhamdulillah. next appointment adalah lbh kurg 3 bln dari 1st appointment. dlm tempoh tu dr suruh buat test darah, HSG dan sperm test.

prosedur HSG yang menyeramkan lagi menakutkan akan chik Ja certia pada entri seterusnya...huhu

Apa itu HSG?

HSG adalah ujian yang digunakan untuk mengesan kesihatan rahim dan salur peranakan. Ia mengunakan teknologi x-ray yang dapat memberikan gambaran bentuk rahim dan salur peranakan. Semasa ujian ini, dye berwarna akan disuntik kedalam rahim dan ia akan mengalir kedalam salur peranakan dan seterusnya kedalam ruang pelvis. HSG akan memberikan maklumat kepada pakar radiologi untuk memastikan samada terdapat kerosakkan pada sistem peranakan anda.

Apa yang boleh dikesan oleh HSG?

Secara umumnya, HSG digunakan untuk mengesan ketidaknormalan pada rahim dan salur peranakan. Ia boleh mengesan kerosakan dan penyumbatan pada pada salur peranakan dan juga boleh memberikan maklumat tentang bentuk dan saiz rahim anda. Walaubagaimanapun ia juga boleh mengesan fibroid atau polip dalam rahim dan juga memberi idea tentang kewujudan parut disekitar ruang pelvis.

credit to: http://portal.alamhamil.com/