my journey to be a mom

Saya nak kongsi pengalaman dalam usaha untuk mendapatkan 'hadiah istimewa' dari Allah S.W.T. Sebelum tu untuk pengetahuan semua dah 4 tahun setengah saya dan suami mendirikan rumah tangga. Agak lama menanti...tapi ada pasangan lain 15 tahun tunggu baru dapat. Setiap manusia diduga berlainan mengikut kemampuan masing2. Kawan-kawan yang senasib dengan saya, janganlah kita bersedih. Ingat kita adalah insan terpilih untuk terima dugaan ini. Insyallah ada hikmahnya.

Entri ni agak berjela panjangnya.

1. Percubaan pertama di private hospital 
Atas nasihat kawan2 saya cuba untuk dptkan rawatan di hosp maternity di Pulau Pinang. 1st step dr   scan rahim utk cek size dan bentuk rahim samada sesuai atau tak untuk pregnant. Alhamdulillah semua ok. lepas tu dr bagi ubat subur Clomid. Clomid ni perlu diambil pada hari ke2 hingga hari ke6 period. Dos yang dr ni tetapkan adalah sehari sebiji.

So next period saya makan ubat seperti yg dr suruh and dtg scan semula pada hari ke10 period. dr bagtau dah ada telur yang akan matang dlm 3,4 hari lagi. so dr cadangkan beberapa tarikh yang perlu dot dot bersama suami.

Sebenarnya saya amat berharap pregnant time tu. sbb dr ckp xde ok semua. tapi xde rezeki.emm yang xbestnye dr ni xfollow up pun patient die suh dtg lg next cycle. maybe sbb hosp bersalin bkn hosp pakar bidan...emmm.


2. Percubaan ke2 di hosp kerajaan
Setelah kuciwa dengan cara rawatan di private maternity hosp, saya try pulak di hospital seberang jaya. Step untuk dapatkan rawatan di hospital kerajaan berkaitan O&G:
i. dapatkan reference letter dari mana2 klinik (cakap je dr nak reference letter utk buat rawatan di hosp kerajaan)
ii.  Bawa surat tu ke bahagian O&G hosp kerajaan. nanti nurse kt klinik akan bagi tarikh utk 1st appoinment. jgn terkejut kalo tarikh tu adalah tarikh sebulan kemudian. kalo nak buat rawatan di hosp kerajaan kita kena pegang prinsip 'patient'. huhu benda murah mmg gitu la ye.
iii. Kalo di hosp seberang jaya untuk consultation mmg akan jatuh pada hari rabu. tips untuk tak rasa keboringan, bwk la news paper, magazine atau ipad. sebab mmg lame giler kena tunggu. paling cepat 2 jam yer.

di hosp seberang jaya ni saya dah attend beberapa appointment:

1st appoinment: (hari rabu ye)
Selepas menunggu 2 jam saya di panggil masuk oleh seorang dr perempuan India. nasib baik perempuan. die interview beberapa soalan dan scan rahim luar dan dalam. dalam tu maksudnya dia masukkan kamera kt bawah tu ye...hasil dari scan tu dr bgtau semuanya normal.alhamdulillah. next appointment adalah lbh kurg 3 bln dari 1st appointment. dlm tempoh tu dr suruh buat test darah, HSG dan sperm test.

prosedur HSG yang menyeramkan lagi menakutkan akan chik Ja certia pada entri seterusnya...huhu

Apa itu HSG?

HSG adalah ujian yang digunakan untuk mengesan kesihatan rahim dan salur peranakan. Ia mengunakan teknologi x-ray yang dapat memberikan gambaran bentuk rahim dan salur peranakan. Semasa ujian ini, dye berwarna akan disuntik kedalam rahim dan ia akan mengalir kedalam salur peranakan dan seterusnya kedalam ruang pelvis. HSG akan memberikan maklumat kepada pakar radiologi untuk memastikan samada terdapat kerosakkan pada sistem peranakan anda.

Apa yang boleh dikesan oleh HSG?

Secara umumnya, HSG digunakan untuk mengesan ketidaknormalan pada rahim dan salur peranakan. Ia boleh mengesan kerosakan dan penyumbatan pada pada salur peranakan dan juga boleh memberikan maklumat tentang bentuk dan saiz rahim anda. Walaubagaimanapun ia juga boleh mengesan fibroid atau polip dalam rahim dan juga memberi idea tentang kewujudan parut disekitar ruang pelvis.

credit to: http://portal.alamhamil.com/


HSG Test
Sambungan dari entri yang lepas mengenai HSG yang menakutkan dan menyeramkan. Pesakit perlu menjalani HSG untuk menentukan samada tiub fallopio tersumbat ataupun normal. memang nervous gila. sebab sebelum prosedur saya ada google tentang pengalaman org lain. kebanyakan pendapat org HSG memang menyakitkan.  apa2 pun hidup perlu diteruskan.huhu....prosedur HSG dilakukan pada hari ke 10 period. yang xbestnye hari ke 10 period tu en suami xde.pergi kursus selama 10 hari.huhu.


Dr yang buat HSG lelaki dan berbangsa India (alamak kenapa lelaki india lak tu adoiyai). xde pilihan dah sampai kena buat jgk. mule2 dr suruh salin baju dgn baju mcm nak buat operation. pastu baring atas katil dgn equipment besar gajah atas kepala. special xray kot. seram2. dr suruh kangkang mcm nak buat pepsmear. mase tu berharap sakitnye mcm pepsmear. tp jgn harap la kan.




Then, dr masukkan satu tiub. agak panjang. dr cakap"rilek ye puan jgn stress". byk la dr. die lelaki mane rase...pastu smpai la  scene plg xbestn iatu bila dr start suntik die. mmg sakit. xleh nak explain. cam nak pengsan je. rasa senak giler. mase tu pikir nape xbius je utk buat benda ni. sakit tau...lepas dah suntik tu dr suruh mengiring ke kanan utk tgk die tu bergerak ke x. dah siap...prosedur die sekejap je. lbh kurang 15 minit. 

Tapi lepas bangun tu rase pening & loya. siap muntah lagi. nurse tu kate "emm xpernah lagi ade org muntah, nak ubat panadol?". xde yek...pecah rekod spital seberang jaya.huhu. Tak abis lagi kesakitan die. senak tu terus membelenggu hodup, rasa cam nak terbuang air besar. 2,3 kali singgah toilet tp xde hasil pun. nasib baik officemate datang hantar dan amik. kalo nak drive sndri tak mampu kou. tenkiu2 to my officemate. untuk info kita akan bleeding sikit untuk2,3 hari. senak tu pun akan hilang dalam 2,3 hari.


gambar kat bawah ni adalah gambar rseult xray HSG. tapi gambar ni gambar dari en google ye bukan saya punye result. Result saya dia akan bagi pada next appoinment (next entri)
Normal (left) and abnormal (right) HSG result

sedikit info mengenai HSG:

Bagi mereka yang mengalami masalah infertiliti, mereka terpaksa melalui pelbagai ujian untuk mengetahui punca atau sebab mengapa mereka gagal hamil. HSG adalah ujian yang kerap dilakukan dan ia boleh menolong menjelaskan masalah rahim dengan lebih jelas dan juga boleh menolong membuat keputusan tentang rawatan yang terbaik.

Apa itu HSG?

HSG adalah ujian yang digunakan untuk mengesan kesihatan rahim dan salur peranakan. Ia mengunakan teknologi x-ray yang dapat memberikan gambaran bentuk rahim dan salur peranakan. Semasa ujian ini, dye berwarna akan disuntik kedalam rahim dan ia akan mengalir kedalam salur peranakan dan seterusnya kedalam ruang pelvis. HSG akan memberikan maklumat kepada pakar radiologi untuk memastikan samada terdapat kerosakkan pada sistem peranakan anda.


Prosedur HSG

  1. Anda akan berbaring diatas meja x-ray dengan lutut membengkok keatas.
  2. Spekulum akan diletakan didalam faraj untuk mendedahkan serviks ( pangkal rahim)
  3. Satu tiub plastik akan dimasukkan ke dalam rahim melalui liang serviks.
  4. Dengan perlahan-lahan dye akan disuntik melalui tiub tadi kedalam ruang rahim
  5. Beberapa gambar x-ray akan diambil semasa proses aliran dye tersebut.
  6. Untuk proses terakhir, anda akan di minta untuk mengiring dan gambar x-ray akan diambil sekali lagi.
Selepas x-ray terakhir diambil, anda akan diminta untuk berbaring selama beberapa minit. Mungkin anda akan terasa sedikit kejang pada perut tetapi tidak lama. Selepas beberapa minit, anda akan diminta untuk menukar pakaian dan keputusan selalunya akan tersedia 15-20min selepas itu.

credit to: http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/sukar-hamil6/103-hysterosalpingografi-hsg.html

2nd Appoiment
Appoinment kali ke dua saya datang bersama suami. Dr menerangkan semua result test yg telah saya buat selama 3 bulan ni. Dalam tempoh 3 bulan saya telah menjalani ujian darah, HSG dan sperm test. Untuk ujian darah dr mengesahkan saya normal. tp dr tak explian detail...ini adalah perkara biasa sekiranya kita beurusan dengan hosp kerajaan. Untuk HSG test pulak resultnya adalah normal bagi tiub fallopio sebelah kanan dan sebelah kiri tube no spillage...apakah maksudnya???emmm. Sperm test kami buat di hosp swasta sebab ada tugasan lain semasa appoinment yang ditetapkan. resultnya adalah agak normal kecuali pada bilangan sperm. Dr suggest suami untuk makan sejenis ubat yg dapat improve bilangan sperm dan dr bagi masa 3 bulan untuk mencuba secara normal. Tapi rezeki masih belum ada...

3rd Appoinment
Saya dan suami decide untuk mencuba rawatan IUI untuk pertama kalinya. satu borang (follicel monitoring form) dan ubat diberikan kepada saya. Clomid adalah ubat untuk meningkatkan kesuburan dikalangan wanita.

7 comments:

  1. salam...sy nak tanya..reference letter tu nk dpt kn dri klinik pakar wanita or dari klinik biasa je??

    ReplyDelete
  2. salam...sy nak tanya..reference letter tu nk dpt kn dri klinik pakar wanita or dari klinik biasa je??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak selamat awak ambik surat refer dri poliklinik kerajaan je.. Sbb free.. Klu bwk surat refer dri swasta nnt kne charge

      Delete
  3. Assalamualaikum.. Sy nak share pengalaman HSG pada 22/09/16 di KPJ Damansara.. Dr yg entertain sy ialah dr norhayati mokhty.. 1st nak buat kat KPJ Ampang tp doc cuti on my CD10 that't why tukar ke KPJ Damansara asalkan doc perempuan hehe sebelum pergi dah baca pengalaman TTCian semua mmg takuttt ramai bg feedback negative iaitu sakit.. Tp dah lalui sendiri harini yessss memang sakitttt.. Lebih sakit drpd period pain.. Selama ni before paid period pain i very mild je kdg2 lenguh2 pinggang je.. Alhamdulillah result sy semua normal takde apa masalah.. Bayaran RM203 sbb refer pakai surat LPPKN.. Kalau refer pakai surat klinik swasta lain harga lebih mahal kata nurse kat situ.. Tp husband keja govt so boleh lah claim.. Now focused on husband plak sbb sperm kurang.. Apa2 pun this is my 1st time comment kat any blog tp utk info bersama sy share jgk hehe semoga TTCian semua dimurahkan rezeki anak ye.. Proses mengambil masa 10mins mcm tu (kalau takde masalah) sbb doc nurhayaty tau kita dlm kesakitan that's why dia buat very quick.. After treatment tu ada tompokan darah tp shari je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy baru nk buat rwtn hsg nnt rasa gerun jugak.. Selepas rawatan sekarang awk dah ad baby x?maafbertanya

      Delete
  4. sy baru nak mencuba..boleh sy tinggalkan no phone x untuk bincang lebih lanjut dgn awk..mcm na cara nak dpt surat rujukan dan sebagai nya..thanks..
    anyway sy juga stay kat penang..sbb tu nak cuba juga kalau di GH penang atau hospital seberang jaya

    ReplyDelete
  5. Nk tanya..scan rahim tu kna time period ke? Atau time x period

    ReplyDelete