Agar-agar milo berlapis oreo
Resepi ni sebenarnya diambil dari FB buku resepi. en suami siap post kat FB suh buat agar-agar ni masa bulan puasa. die sangat la suke milo dgn biskut oreo. mule-mule macam malas jgk nak buat sbb step die agak susah utk buat berlayer2 ni.tp atas permintaan suami tersayang akhirnya berjaya jgk disediakan. dekat2 sejam jgk nak siap sbb 1st time buat dan amik masa utk mengeras sblm buat layer lain.
Bahan-bahan:
10gram serbuk agar2
750ml air
150g gula
1 tin susu cair (400ml)
3/4cawan milo
satu bungkus oreo (135g) - patahkan dua2
750ml air
150g gula
1 tin susu cair (400ml)
3/4cawan milo
satu bungkus oreo (135g) - patahkan dua2
Bahan2 yang telah dibeli oleh en suami |
Cara-cara:
Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak hingga larut. Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih.
Bahagikan 2 bhgn dan 1 bhgn dicampurkan milo dan kacau hingga sebati.
Bahagikan 1 bhgn milo kpd 2 bhgn. Masukkan 1 bhgn milo ke dlm acuan.
Apabila mengeras sedikit, tuangkan adunan putih tadi. taburkan biskut oreo. Sejukkan sebentar sehingga mengeras sedikit kemudian tuangkan pula baki milo tadi. Sejukkan sekejap dgn suhu bilik kemudian masukkan peti sejuk. Potong dan Hidangkan.

Tadaaaa............
inilah hasilnya |
zoom sket |
Udang Masak lemak cili api
Bahan-bahan
1/2 kilo udang bersaiz M yang dibuang kulit
6 biji cili api
3 ulas bawang merah
1/4 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cm halia
3 batang serai
santan
garam
minyak untuk menumis
cara-cara memasak:
1. kisar kesemua bahan diatas (kecuali santan & minyak)
2. tumis bahan yang dikisar sehingga garing
3. tambahkan garam secukup rasa
4. masukkan udang dan kacau
5. masukkan santan (tambah air jika perlu)
6. setelah mendidih tutp api dan sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment