Tuesday, November 26, 2013

kos IUI di HUKM

Gagal sekali IUI di hosp kerajaan
Rezeki belum memihak kepada kami
Percubaan kedua saya adalah di HUKM
Jauh perjalanan untuk mendapatkan sebuah hadiah dari yang maha Esa

7 Nov 2013 - 1st appoinment dengan Dr Natasha di bahagian MAC. Baik doktor2 dan nurse di HUKM ni
12 Nov 2013 - En suami buat sperm test 
25 Nov 2013 - Prosedur IUI

Kos keseluruhan untuk proses IUI di HUKM adalah seperti berikut:-
note: kos ni bergantung pada keadaan dan jenis ketidaksuburan pesakit.

Bil
Nama ubat/Alat/Perkhidmatan Perubatan/Rawatan
Harga (RM)
1
Pendaftaran Baru
50
2
Consultation Doctor
30
3
Scan
20
4
Ubat (GF 75 x 3)
300
5
Semen Analysis & Sperm Freezing
100
6
Ubat (GF 75 x 2)
200
7
Follicular Tracking (F/T)
50
8
Ubat (OVIDREL x 1)
100
9
IUI, Ubat (DUPH x 4), Ubat (UTERO x 4)
870

JUMLAH
1720

Monday, November 25, 2013

Step sebelum IUI

Prosedur IUI kali kedua ni saya buat di HUKM.
Berharap rezeki berpihak kepada kami..in sha Allah.
Proses IUI di HUKM agak memenatkan berbanding hosp gov.
sbb HUKM punya treatment lagi bagus agaknya...
.mesti la kan.berbayar
kalo hosp gov mane mampu diorg nak sediakan service macam ni.

Hari pertama hingga hari ke5 period kena makan ubat Femara ganti Clomid sebelum ni.
Dr suruh try ubat ni pulak. Tak kisah lah saya ikut je.
Hari ke6 hingga hari ke 10 kena injection ubat GF75. Kat mana? kat perut ok.
Perut dah la xberlemak...macam mane la dr nak cucuk.
memang sakit bila cucuk.Lain dr lain sakitnya.
Nurse cakap boleh cucuk sendiri. Tapi saya tak berani
Suami pun tak harap kot. Lain pulak jadinya nanti.
Ubat ni tujuannya untuk besarkan telur..nak je cakap dengan dr.
Dr...telur saya membesar dengan jayanye je mase buat IUI kt hosp gov.
Tapi dalam hati je mampu cakap gitu..haha.
nasib baik hari ke11 telur dah besar >18mm. tak perlu cucuk dah.yeaaa
Hari ke12 injection lagi.kali ni untuk pecahkan telur pulak...macam2.
Hari ke14 akhirnya berjaya buat IUI....



Date
Day
Management
Tuesday
12/11/2013
1
Femara
Wednesday
13/11/2013
2
Femara
Thursday
14/11/2013
3
Femara
Friday
15/11/2013
4
Femara
Saturday
16/11/2013
5
Femara
Sunday
17/11/2013
6
GF75
Monday
18/11/2013
7
GF75
Tuesday
19/11/2013
8
GF75
Wednesday
20/11/2013
9
Scan+GF75
Thursday
21/11/2013
10
Scan+GF75
Friday
22/11/2013
11
Scan
Saturday
23/11/2013
12
Injection
Sunday
24/11/2013
13
Rest
Monday
25/11/2013
14
IUI