Tuesday, December 31, 2013

Gangguan makhluk atas siling

Dah berbulan bulan bunyi 'benda' berjalan atas siling ni
Kadang-kadang petang
Tapi selalunya malam dengan subuh paling kuat
Mula2 dengar ingat ade org jalan atas siling
siap nak call polis kol 1 pagi...haha
Nasib baik tak buat
Sebenarnya trauma dengan cerita maksu
Ada orang dok atas siling..pastu turun dari siling nak mencuri
Takut kot

Lately bunyi tu makin mengganas
Berlari2 ditambah dengan bunyi "cit cit"
Kami pun buat kesimpulan ...cik ti aka tikus

Sebelum bertolak pegi KL husband pasang perangkap
4 hari lepas tu balik rumah
Husband pun cek memang ade 'sesuatu' dalam perangkap tu
Die kate bukan tikus, macam kucing, tapi bukan jgk
Nak kate tupai mcm besar sgt
Apakah....
Musang rupanya...dah lame tak nampak binatang ni
Masa kecik dulu abah pernah beli 2 ekor
comel jgk.bila upload gambar ni kat whatsapp
macam2 diorg teka...koala, skunk
Kesian pulak nampak.kalau keluarkan awal sikit mungkin blh hidup
Maaf en musang









Monday, December 23, 2013

Tragedi Highland Tower

Bulan 12 ni adalah tahun ke 20 tragedi highland tower
11 Disember 1993 pukul 1.35 tgh hari
1 daripada 3 bangunan Highland Tower runtuh dalam sekelip mata
Sewaktu kejadian umur saya baru 11 tahun
Masih terlalu kecil untuk faham segalanya
Tapi saya masih ingat kejadian ni buat semua rakyat malaysia terkejut dan sedih
Semua stesen tv menyiarkan berita
Orang kampung pun ramai2 beli news paper
Semua nak tahu kisah sebenar kejadian
Bila saya tengok semula rakaman History channel di youtube
Berdebar2 rasa jantung ni
Di hari kelima pasukan penyelamat Perancis masih mendengar mangsa memberi response dibawah runtuhan
Tak dapat saya bayangkan bagaimana keadaan dan perasaan mangsa yang menunggu untuk diselamatkan
Saya masih berharap ada mangsa yang terselamat
Malangnya tiada....
Hanya 3 orang yang terselamat di hari pertama
Keseluruhan jumlah mangsa adalah 48 orang
Al-fatihah untuk semua mangsa yang beragama Islam
Tak ramai magsa kerana rata2 yang mendiami Kondo ni adalah pasangan yang baru berkahwin dan mempunyai 1 atau 2 anak sahaja
salah seorang mangsa tragedi yg terselamat adalah Sasha bashir
Beliau masih kanak2 ketika itu
Seluruh keluarga Sasha selamat

http://www.mazidulakmal.com/2013/01/hampir-20-tahun-tragedi-highland-towers.html

http://pangurusan-islam.tripod.com/tower.htm




Kronologi runtuhan Highland Tower:

PELUKIS pelan tiada kelayakan. Pendedahan bekas presiden PAM kejutkan rakyat Malaysia.

Sebelum 1964: Pemaju mengemukakan permohonan untuk membina kondominium.

1964: Jabatan Perancang Bandar dan Kampung (JPBK) Negeri Selangor mula membuat penilaian. Pejabat Daerah Kuala Lumpur meluluskan permohonan cadangan projek tersebut.

1974: Pembinaan bangunan dimulakan oleh Konsortium Jurubina Perunding (KJP) untuk syarikat High Land Properties Sdn Bhd.

1978: Blok 1 Kondominium telah disiapkan dan diberi Certifi cate of Fitness (CF) oleh Majlis Daerah Gombak (MDG) dan mula diduduki penghuni.

1981: Bangunan Blok 2 telah disiapkan dan diberi CF oleh Majlis Daerah Gombak dan telah mula diduduki penghuni.

1986: Bangunan Blok 3 telah disiapkan dan diberi CF oleh MDG. Ia telah mula diduduki penghuni.

1 Julai 1992: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah ditubuhkan dan bertanggungjawab secara langsung terhadap projek tersebut.

1993: MPAJ telah memberikan CF kepada pembinaan tempat letak kereta di tingkat bawah kondominium.

November 1993: Keretakan serius atas jalan raya sekitar kondominium telah dikesan oleh penghuni.

11 Disember 1993: Pangsapuri Blok 1 Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Klang runtuh pada 1.35 petang. 124 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan kira-kira 30 anggota tentera dan jurutera dari Kem Batu Cantonment dan Kem Wardieburn membantu mencari.

Ratusan anggota polis, bomba dan pasukan penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), sukarelawan PBSMM datang lebih awal. Pasukan penyelamat ternampak sebatang kayu terjuih keluar dan bergoyang.

Pembantu rumah seorang penghuni kondominium di Tingkat 7, Umi Rashidah Khoruman, 22, dan anaknya, Nur Hamidah Najib, 18 bulan, diselamatkan.

Nakajima Shizue, 50, wanita rakyat Jepun turut diselamatkan daripada runtuhan itu tetapi meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 12
tengah malam. Dr Shahrum Abdul Wahid dari HKL menyatakan Nakajima mengalami pendarahan dalam yang teruk.

Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ramai menteri Kabinet datang melawat.

12 Disember 1993: Penghuni Blok 2 dan 3 Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Klang diarah mengosongkan rumah mereka kerana tidak selamat. Pasukan mencari dan menyelamat dari Britain dan Amerika Syarikat tiba untuk membantu. Helikopter Nuri dan Alouette milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat tinjauan udara.

13 Disember 1993: Sekumpulan anggota penyelamat Perancis bersama dua anjing pengesan turut menyertai operasi. Mereka dipercayai dua rakyat Korea dan dua rakyat tempatan.

Pasukan penyelamat memutuskan untuk menggunakan mesin pemecah konkrit dan keluli serta jentolak untuk mengangkut runtuhan konkrit bagi membuka laluan.

15 Disember 1993: Pasukan penyelamat menjumpai enam mayat termasuk dua yang hancur menjadi cebisan daging dan tengkorak dalam runtuhan itu. Antara yang dijumpai lengan kanan yang mempunyai gelang, satu tengkorak dan cebisan daging serta serpihan tulang.

Empat mayat reput itu dipercayai dua rakyat Korea dan dua rakyat tempatan. Pasukan penyelamat memutuskan untuk menggunakan mesin pemecah konkrit dan keluli serta jentolak untuk mengangkut runtuhan konkrit bagi membuka laluan.

16 Disember 1993: Umi Rashidah dan Nur Hamidah dibenarkan keluar daripada HKL.

17 Disember 1993: Jawatankuasa Khas Kabinet bersetuju dengan cadangan penyelamat supaya operasi menyelamat mangsa hidup dihentikan.

18 Disember 1993: Pasukan penyelamat menemui enam lagi mayat termasuk mayat seorang kanak-kanak.

19 Disember 1993: Pasukan penyelamat menemui tiga mayat iaitu satu mayat wanita reput terbenam kira-kira lapan meter di tempat letak kereta jam 7 malam. Mayat kedua, juga wanita ditemui jam 8.30 malam berdekatan mayat pertama manakala mayat ketiga, lelaki jam 10.15 malam.

20 Disember 1993: Setakat ini, 25 mayat termasuk seorang yang memeluk al-Quran ditemui di tingkat 12. Turut ditemui mayat seorang wanita memakai sari dan memeluk seorang kanak-kanak dipercayai anaknya.

21 Disember 1993: Operasi mencari dan menyelamat diteruskan dan polis mengesahkan 48 mayat ditemui daripada runtuhan pangsapuri Highland Towers. Daripada jumlah itu, 37 mayat ditemui sempurna, sembilan bahagian badan dan 10 cebisan anggota iaitu tangan, kaki, kepala serta paha.

22 Disember 1993: Operasi mencari dan menyelamat dihentikan. Dr Nik Ramlan Nik Hassan dilantik menjadi pengerusi Jawatankuasa Teknikal Menyiasat Tragedi Highland Towers.

Kondominium itu dimiliki dan dimajukan oleh Highland Properties Sdn Bhd. menggunakan teknologi pengesan degup jantung dan menebuk lubang 4.5 meter dalam. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan khusus untuk menangani semua masalah berhubung tragedi Pangsapuri Highland Towers.

14 Oktober 1997: Bekas presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM), Henry Lee Inn Seong, memberitahu Mahkamah Koroner Kuala Lumpur bahawa pelukis pelan pangsapuri Highland Towers yang runtuh tidak mempunyai kelayakan bagi bangunan setinggi 12 tingkat. Beliau menyatakan pelukis pelan itu, Wong Tin Sang, hanya mempunyai kelayakan untuk mendirikan bangunan tidak melebihi 300 meter persegi atau 3,000 kaki persegi atau tidak lebih dua tingkat.

14 November 1997: Koroner Mohd Radhi Abas dari Mahkamah Koroner Kuala Lumpur memutuskan tragedi Highland Towers bukan disebabkan sebarang unsur
jenayah dan bencana alam, tetapi adalah satu kejadian nahas dan kecederaan berganda yang menimpa mereka selepas pangsapuri terbabit runtuh.

Saman dikemukakan oleh 73 pemilik blok dua dan tiga pangsapuri Highland Towers dan perbicaraan diadakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk James Foong.

Saman terhadap pemaju dan sembilan lain bagi kerugian yang dialami antara RM31 juta hingga RM35 juta. Kumpulan itu menyaman Highland Properties Sdn Bhd, pelukis pelan Wong Tin Sang, jurutera Wong Yuen Kean, Majlis Perbandaran Ampang (MPAJ), Arab-Malaysian Finance Berhad, Developments Sdn Bhd dan Metroplux Sdn Bhd..



Tuesday, December 17, 2013

Doktor ohhh doktor

Pagi tadi email dr pasal our next appoinment kt HUKM
Perlu ke tak pegi HUKM
kalo ikut hati memang malas, sebab jauh bangat
Lain la kalo dah berjaya IUI
Then dr reply email
Sorry to hear this. Saya giv u lower stimulation as u jauh takut overstimulated. Nway, i leave it up to u rohaiza. Kita jumpa 26 dec pun boleh so we can discuss futher treatment. Take care..

Dr apakah maksud lower stimulation???

Huhu...belum lagi decide nak pergi atau tak ke HUKM
Tapi ada satu lagi persoalan...lower stimulation
Dr...next appointment tunggu soalan ni dari saya



Monday, December 16, 2013

Menantu menantu kembar

Adik beradik saya ada 4 orang.
Saya orang yang bertuah sebab ada 1 orang abang, 1 orang kakak dan 1 orang adik
Abah dan mak pun bertuah sebab dapat menantu menantu kenbar
Wife abang kembar perempuan
Husband saya kembar lelaki
Husband adik kembar perempuan
Husband kakak je kembar dengan diri sendiri...hehe gurau je

Kesimpulannya mak dan abah saya ada menantu:
Kembar perempuan
Kembar lelaki
Kembar lelaki perempuan

Cukup lengkap kan...





Saturday, December 14, 2013

Belajar untuk redha kali ke2

Terjawab persoalan yang ditunggu berhari-hari
Jawapannya adalah memang takde rezeki lagi
Belajar untuk redha
Cuba kuatkan diri, tapi bila sorang-sorang sedih mula menggunung kembali
Tempat terbaik untuk melepaskan kesedihan adalah dalam bilik air
Air hujan menitis bersama air shower...huhu
Tabahkan hati...teruskan usaha
In sha Allah suatu hari nanti.


Friday, December 13, 2013

masih menunggu...?

Hari ke 32
Macam ada harapan
Masih berharap akan sesuatu yang belum pasti
Emmm...
Sabar ye...kalau dah rezeki in Sha Allah ada
Kalau tak kena belajar untuk redha

Ya Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani berikanlah aku peluang untuk mendapat rahmat dan rezeki dari Mu ya Allah. Amin

Thursday, December 12, 2013

kenapa kereta tu....

5.15 ptg. waktu paling happy.sbb boleh balik rumah.
Macam biasa pergi ke kereta. start engine dan reverse
Aik...kenapa bunyi reverse sensor ni. Sensor detect pokok kot.
Bummmm...adoiyai ada kereta parking melintang kat belakang rupanya.
Memang tak perasan langsung ada kereta...
Takpela esok pegi office tanya kereta sape and bayar la apa yang rosak
kalau xsilap kereta exec bahagian mechanical


9pg (esoknya)
Jumpa la tuan empunya kereta. Confident je kan.
Kereta awak ke yang tu...jwpn die "bukan...kereta saya yang lain"
Sudah kereta sape pulak...abih tu kereta WFN tu kereta sape?
"Yang tu kereta En Mat".gelap kejap donia.
Adoiyai...Anis dok kukik kukik gelak
Kenapa kereta boss yang dilanggar...xde kete lain ke
kenapa bukan kereta technician
kenapa bukan kereta kerani
kenapa bukan kereta pak guard
kenapa bukan kereta orang lain
Huhu...kereta sape2 pun bayaq ja la...banyak songeh