Tuesday, December 11, 2012

HSG

Sambungan dari entri yang lepas mengenai HSG yang menakutkan dan menyeramkan. Chik Ja perlu menjalani HSG untuk menentukan samada tiub fallopio tersumbat ataupun normal. memang nervous gila. sebab sebelum prosedur chik ja ada google tentang pengalaman org lain. kebanyakan pendapat org HSG memang menyakitkan.  apa2 pun hidup perlu diteruskan.huhu....prosedur HSG dilakukan pada hari ke 10 period. yang xbestnye hari ke 10 period tu en suami xde.pergi kursus selama 10 hari.huhu.

Dr yang buat HSG lelaki dan berbangsa India (alamak kenapa lelaki india lak tu adoiyai). xde pilihan dah sampai kena buat jgk. mule2 dr suruh salin baju dgn baju mcm nak buat operation. pastu baring atas katil dgn equipment besar gajah atas kepala. special xray kot. seram2. dr suruh kangkang mcm nak buat pepsmear. mase tu berharap sakitnye mcm pepsmear. tp jgn harap la kan.



Then, dr masukkan satu tiub. agak panjang. dr cakap"rilek ye puan jgn stress". byk la dr. die lelaki mane rase...pastu smpai la  scene plg xbestn iatu bila dr start suntik die. mmg sakit. xleh nak explain. cam nak pengsan je. rasa senak giler. mase tu pikir nape xbius je utk buat benda ni. sakit tau...lepas dah suntik tu dr suruh mengiring ke kanan utk tgk die tu bergerak ke x. dah siap...prosedur die sekejap je. lbh kurang 15 minit. 

Tapi lepas bangun tu rase pening & loya. siap muntah lagi. nurse tu kate "emm xpernah lagi ade org muntah, nak ubat panadol?". xde yek...pecah rekod spital seberang jaya.huhu. Tak abis lagi kesakitan die. senak tu terus membelenggu hodup, rasa cam nak terbuang air besar. 2,3 kali singgah toilet tp xde hasil pun. nasib baik officemate datang hantar dan amik. kalo nak drive sndri tak mampu kou. tenkiu2 to my officemate. untuk info kita akan bleeding sikit untuk2,3 hari. senak tu pun akan hilang dalam 2,3 hari.

gambar kat bawah ni adalah gambar rseult xray HSG. tapi gambar ni gambar dari en google ye bukan chik Ja punye result. Result chik Ja dia akan bagi pada next appoinment (next entri)
Normal (left) and abnormal (right) HSG result

sedikit info mengenai HSG:

Bagi mereka yang mengalami masalah infertiliti, mereka terpaksa melalui pelbagai ujian untuk mengetahui punca atau sebab mengapa mereka gagal hamil. HSG adalah ujian yang kerap dilakukan dan ia boleh menolong menjelaskan masalah rahim dengan lebih jelas dan juga boleh menolong membuat keputusan tentang rawatan yang terbaik.

Apa itu HSG?

HSG adalah ujian yang digunakan untuk mengesan kesihatan rahim dan salur peranakan. Ia mengunakan teknologi x-ray yang dapat memberikan gambaran bentuk rahim dan salur peranakan. Semasa ujian ini, dye berwarna akan disuntik kedalam rahim dan ia akan mengalir kedalam salur peranakan dan seterusnya kedalam ruang pelvis. HSG akan memberikan maklumat kepada pakar radiologi untuk memastikan samada terdapat kerosakkan pada sistem peranakan anda.


Prosedur HSG

  1. Anda akan berbaring diatas meja x-ray dengan lutut membengkok keatas.
  2. Spekulum akan diletakan didalam faraj untuk mendedahkan serviks ( pangkal rahim)
  3. Satu tiub plastik akan dimasukkan ke dalam rahim melalui liang serviks.
  4. Dengan perlahan-lahan dye akan disuntik melalui tiub tadi kedalam ruang rahim
  5. Beberapa gambar x-ray akan diambil semasa proses aliran dye tersebut.
  6. Untuk proses terakhir, anda akan di minta untuk mengiring dan gambar x-ray akan diambil sekali lagi.
Selepas x-ray terakhir diambil, anda akan diminta untuk berbaring selama beberapa minit. Mungkin anda akan terasa sedikit kejang pada perut tetapi tidak lama. Selepas beberapa minit, anda akan diminta untuk menukar pakaian dan keputusan selalunya akan tersedia 15-20min selepas itu.

credit to: http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/sukar-hamil6/103-hysterosalpingografi-hsg.html


No comments:

Post a Comment