Thursday, June 20, 2013

Pesanan Ustaz Don

Assalamualaikum semua....



Semalam layan 30 minit bersama ustaz Don. Topiknya adalah berkenaan lafaz basmallah. di akhir rancangan ustaz Don sampaikan amanat tuan guru beliau (Ustaz Haron Din). Ada beberapa perkara yang disampaikan. antaranya adalah berkenaan dengan orang yang memutuskan silaturrahim. tidak kira silaturrahim antara saudara, rakan, jiran atau sesiapa pun. Beberapa kali ustaz Don highlight perkara ni sesiapa yang memutuskan silaturrahim tidak akan masuk syurga orang tersebut. Jika bergaduh jangan sampai lebih dari 3 hari. Ustaz Don ada juga menyebut tentang berapa ramai ulamak & pemimpin politik yang meninggal dunia dalam keadaan kita bersengketa sesama sendiri. Semoga kita menjadi insan yang mudah melupakan kesalahan orang dan sentiasa mengingati kebaikan insan lain. Amin.

Perkara ke dua yang disampaikan adalah mengenai isu Syiah yang berleluasa di negara kita. Ustaz Don mengingatkan kita supaya jagan leka dan tidak ambil tahu mengenai perkara ini. Beliau juga ada memberi cadangan kepada majikan2 supaya menampal poster di pejabat "Seluruh ahli di pejabat ini mengamalkan sunnah wal  jamaah". Antara pegangan syiah yang bertentangan dengan  sunnah wal  jamaah adalah mengenai sentuhan antara suami isteri. Pegangan syiah menyatakan bahawa sentuhan antara suami dan isteri tidak batal air sembahyang. Beberapa kali juga ustaz Don mengingatkan supaya kita tidak terpedaya dengan pegangan stiah ini. Perlembagaan Malaysia juga telah sebulat suara menolak syiah ini.

Mari kita ambil tahu sedikit sebanyak mengenai syiah. Petikan kat bawah ni saya ambil dari facebook sesorang. Petikan yang agak santai dan mudah difahami.

Apa itu Syiah ?
Syiah itu salah satu pegangan akidah yang di asaskan oleh Abdullah Bin Sabak .
Akidah yang bertentangan dengan Sunni .
Syiah itu bermaksud penolong/pembantu .

Siapa Abdullah Bin Sabak ni ?
Dia adalah seorang Yahudi .
Dia berasal dari Yaman .
Dia datang ke Madinah semata untuk mendapatkan jawatan , kepentingan politik .
Time tu zaman pemerintahan Saidina Uthman Bin Affan ,
Saidina Uthman tak layan dia .
Dia jadi marah lalu dia sebarkan fahaman kepada masyarakat Madinah bahawa ,
"Yang sepatutnya jadi khalifah ialah Saidina Ali bukan nya Saidina Umar , Saidina Uthman ataupun Saidina Abu Bakar.."
Dan masyarakat percaya benda ni .
Dari situ lah bermulanya fahaman Syiah .

Alhamdulillah kita berpegang pada Ahlu Sunnah Wal Jamaah/Sunni .
Syiah dengan Sunni ini sangat-sangat berbeza .
Syiah dengan Sunni ni bukan masalah khilaf furu'q (perkara-perkara kecil ) ,



Syiah ni benar-benar terpesong akidahnya. Antaranya adalah:


SYIAH MENDAKWA ,

-Ketika Nabi Muhammad SAW wafat , seluruh sahabat nabi murtad , kecuali beberapa orang sahaja iaitu , Salman Al Farisi , Al Miqdad Bin Al Aswad , Amar Bin Yasser dan Suhaib Ar Rumi ( ada juga yang kata Bilal bin Rabah ) .

--Syiah mengkafirkan sahabat Nabi Muhammad SAW dengan berkata kepada Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar , "Dua patung berhala Quraisy.." .

--Mereka tak percaya Quran yang kita guna sekarang ni . Mereka menganggap Quran sebenar telah hilang , Quran yang di tulis Saidatina Fatimah r.ha .

--Semasa Nabi wafat , Saidatina Fatimah ni sedih , sedih sangat , dia menangis sampai 75 hari , time dia tengah sedih tu , Jibril turun menggembirakan nya , Saidina Ali pun hairan dengan siapa Fatimah bersembang, lalu Fatimah beritahu Ali, dan Ali berkata kalau Jibril datang lagi beritahunya . Jibril datang semula , Fatimah pun beritahu Ali , dan ketika itulah Saidina Ali menulis apa yang Jibril kata . Dan Syiah menganggap itu Quran mereka .

--Mereka mendakwa ada ayat-ayat al-Quran yang dibuang oleh Saidina Abu Bakar ketika mana Saidina Abu Bakar ni mengumpulkan kembali ayat-ayat al-Quran , antaranya ialah , surah al-Baqarah ayat 23 , surah Toha ayat 115 , surah al-Ahzab ayat 70 , surah al-Balad , mereka menokok tambah dalam ayat sebenar dan menambah satu lagi surah iaitu surah wilayah .

--Mereka juga ada imam . Iaitu Imam 12 . Imam yang ke-12 ini dipercayai telah ghaib pada 226 hijrah di sebuah terowong di Iraq/Iran . Setiap petang Jumaat mereka akan pergi ke terowong itu dan berkata , “Wahai Imam , keluarlah Iman , keluarlah..” . Sampai sekarang Imam itu tak keluar lagi . Dan akan keluar suatu hari nanti .

--Ulama terbesar syiah iaitu Al Khomeini berkata , “Sahabat nabi hanya mementingkan dunia , rebut jawatan , mereka tak pentingkan Quran dan agama , mereka jadikan Quran sebagai alat untuk niat mereka yang kotor , merampas jawatan khilafah..” .

--Mereka menghalalkan darah umat Islam . Bagi mereka , lagi banyak mereka membunuh umat Islam , lagi banyak darah yang mengalir , lagi cepat Imam mereka itu akan keluar dari terowong .

--Rukun iman mereka ada lebih dari enam . Mereka percaya pada Imam . Imam mereka boleh menghalalkan dan mengharamkan sesuatu perkara .Imam mereka maksum. Imam mereka mempunyai ilmu di mana mampu mengetahui benda yang dah berlaku dan akan berlaku . Imam mereka juga menguasai dunia dan akhirat . Imam mereka mampu beri apa sahaja yang mereka mahu .


Astaghfirullahala’zim .
Nauzubillahiminzalik .
Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar..
Ternyata syiah ini telah jauh terpesong .
Mereka mensyirikkan Allah .
Mereka menyamakan martabat Imam 12 mereka dengan semua Nabi .
Bahkan mereka mengatakan Saidina Ali sama level dengan Allah .
Allah..Allah..Allah..
Masalah syiah sekarang ini bukan masalah khilaf ,
Tapi masalah akidah mereka yang bertentang dengan kita .
Musuh umat Islam sekarang bukan sahaja Yahudi Israel , tetapi juga Rusia , China dan Iran .
Iran yang dulu kita tertipu dengan ‘heronya’ ,
Rupanya mereka bermain wayang sahaja dengan kita ,
Mereka lah antara yang menghantar bom , senjata dan angkatan tentera kepada Bashar Asad untuk membunuh tentera Islam .
Syiah itu sesat .
Jangan kita memberi muka kepada mereka .
Jika ada dalam kalangan kita yang syiah ,
WAJIB kita betulkan .


wallahhualam....

Syiah






Wednesday, June 19, 2013

Resepi Asam Pedas simple

asam pedas

Weekend yang lepas chik Ja masak ikan kembung asam pedas. dah lama jugak tak makan asam pedas,nyum2...Resepi asam pedas simple dari chik Ja:

Bahan-bahan:
Ikan kembung/pari/aye (untuk 2 org makan)
cili boh 2 sudu (blend sendiri lagi sedap)
garam secukup rasa
bunga kantan
bendi
bawang putih 1 ulas
bawang merah 2 ulas
asam jawa

cara memasak:
1. panaskan minyak.
2. tumis bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk halus.
3. tumis cili boh bersama-sama bawang tadi
4. masukkan bunga kantan (tambah sedikit air jika perlu)
5. masukkan garam dan air asam jawa
6. masukkan ikan serta bendi

siap....senang je kan.orang bujang pun boleh buat.

selamat mencuba



Tuesday, June 18, 2013

Jogging di Mengkuang Dam

Mengkuang Dam, Pulau Pinang

Weekend ari tu chik Ja jogging di Mengkuang Dam bersama officemate. rasa mcm bujang pulak.hehe. Memang kena kuatkan semangat kalo nak jogging pagi2 bute ni. mule2 mcm nak cancel dah sbb ngantuk giler.huhu...akhirnya berjaye...tq my officemate. 

Jogging di Mengkuang Dam


cantik pemandangan kat Mengkuang Dam ni walaupun gune kamera handphone murahan.huhu.





Thursday, June 13, 2013

Our 4th Anniversary


Our 4th anniversary (12 Jun 2013). 
Semalam kitorang punye anniversary. sebelum ni pun xpernah celebrate. sejak kerja di tempat baru ni rase mcm byk mase pulak nak godek2 FB. so sy pun post la gambar anniversary spt diatas kt wall husband. pastu ramai la yg wish. En husband xbukak FB kot time keje..diam je. Then die blk rumah lewat.kol 7 lbh baru smpai rumah. smpai2 rumah En Husband "nah bunga"...wow xpernah2 pun bagi bunge.something wrong ni. diolog dari sy "xingat yek anniversary kite". mesti bace FB baru tau...die kate x, bkn dari FB pastu tersengih2. emmm tau dari Adilwafi la tu/ Adilawafi ni sorg tech n friend dlm FB ktrg. die ade wish tu yg jd suspek tu...mmg hampeh xingat anniversary.xromantik langsung. tp yg sebenarnya si wife ni pun ingat2 lupe. mase nak beli perfume smlm baru ingat. tu pun sbb nak beli set perfume lelaki & popuan. mase tu pikir nak bg hadiah sempena ape yek...baru la ingat anniversary. siap refer kad nikah lg...huhu.same je dua2 orang.so xleh majuk.... 

Flower with bear dari En suami

Perfume Simplysiti dari Chik Ja untuk suami dan diri sendiri (couple set).

drama Teduhan Kasih

Drama teduhan kasih

Sinopsis Novel Teduhan Kasih



Masa mule2 tgk drma ni mcm xsuke sgt sbb xminat dgn pelakonnye.tp dah 2,3 episod menarik la pulak....Drama kalo adaptasi dari novel selalunya mmg best macam ombak rindu, adam dan hawa & sebenarnya saya isteri die. Drama ni adaptasi dari novel Teduhan Kasih karya Marissa. So sinopsis drama ni: Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal (Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk dipukul oleh suaminya. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa.

Suatu hari, Iffa pergi ke klinik selepas mengalami pening kepala dan mual. Dia disahkan mengandung. Iffa gembira dengan berita tersebut namun diselubungi dengan rasa serba salah apabila mengenang hubungannya dengan Ryzal. Di dalam takut, dia tetap memberanikan diri untuk berkongsi berita berkenaan sambil berharap suaminya akan berubah. Pada waktu Iffa ingin berterus-terang dengan Ryzal, Ayu muncul di rumah mereka. Pengakuan Ryzal tentang hubungannya dengan Ayu disusuli lafaz cerai talak satu mengejutkan Iffa. 

Tanpa hala tuju, Iffa pulang ke rumah ibu tirinya, Maimun selepas dihalau oleh Puan Suraya. Di rumah itulah dia telah diperlaku seperti hamba dan sejarah tersebut bakal berulang di hari mendatang. 9 bulan kemudian, Ayu dan Ryzal berkahwin pada hari Iffa dijangka akan melahirkan anak. Ayu sengaja memilih tarikh tersebut untuk menambah derita Iffa. 

Iffa yang panik dan tidak tahan sakit menggagahkan diri keluar rumah bersendirian sebelum berselisih dengan Ehsan (Adi Putra). Atas rasa kasihan, Ehsan menghantar Iffa ke hospital dan menemani wanita tersebut sehingga Iffa melahirkan anak lelaki yang diberi nama Adam Ehsan. Lelaki asing ini melayan Iffa seperti seorang isteri, segala belanja dan keperluan Adam juga dipenuhi dengan ikhlas. Ehsan merupakan seorang CEO di sebuah syarikat, dia mempunyai segalanya termasuklah wanita-wanita cantik namun hidupnya kosong tanpa arah.

Pada waktu ini, Iffa merasa sangat terharu kerana masih ada insan yang sudi membantunya. Ehsan pula merasakan sesuatu yang sangat indah dengan kehadiran Iffa. Dua hari di hospital, jururawat memberitahu Iffa bahawa dia sudah boleh pulang pada hari itu. Iffa menyambut perkhabaran itu dengan serba salah. Pertanyaan di hatinya... di manakah dia hendak pergi? Ehsan kelihatan gelisah pada hari tu.

Ehsan menawarkan tempat tinggal untuk Iffa tetapi tidak memaksa jika Iffa menolak. Bagaikan tiada pilihan lain, Iffa mengangguk setuju. Dengan sifat Ehsan yang romantik, mengambil berat, manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang baru hendak dikecapi, sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Namun, kali ini Iffa nekad tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan.


Layannnn...tapi secara jujurnya xsetuju dgn tv3 sbb tayang pukul 7. menggangu solat meghrib.tertengok drama ni pun sbb mase tu tgh 'cuti'...

Tuesday, June 11, 2013

sebenarnya saya isteri dia


Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia

Izzue Islam


SINOPSIS NOVEL SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA

Drama yang sangat kiut miut. kiut sebab jalan ceritanya dan pelakon pun hebat2. suke izzue islam dan tiz zaqyah dalam citer ni. 

Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu. Syaf tidak pernah terfikir bahawa jodohnya tertulis dengan Firash, adik kepada kekasihnya, Farish walhal Syaf dan Farish sudah merancang untuk ke jinjang pelamin. Namun, satu peristiwa hitam telah mengubahkan segalanya. Syaf, Farish dan Firash masing-masing dijemput hadir ke sebuah majlis sambutan harijadi oleh Raina dan Raimy.

Raina dan Raimy telah merancangkan sesuatu untuk mendapatkan Syaf dan Firash tetapi akhirnya, Syaf dan Firash ditangkap tidur sebilik dalam keadaan yang mencurigakan. Datin Farizah (Wilma) telah menasihati anaknya Firash untuk berkahwin dengan Syaf yang juga merupakan anak angkatnya. Farish amat kecewa dengan sikap Firash yang dituduh terlanjur dengan kekasihnya sehingga berlaku pergaduhan besar antara adik beradik.

Firash pula menentang habis-habisan kerana tidak sanggup berkahwin pada usia 21 tahun tambahan pula Syaf lebih tua 4 tahun daripadanya. Syaf bersetuju dengan cadangan ibu angkatnya demi menjaga maruah Datin Farizah dan tidak mahu hubungan dua adik beradik terjejas disebabkan oleh dia. Farish amat kecewa dengan keputusan Syaf yang bersetuju untuk berkahwin dengan Firash walaupun tidak ada rasa cinta.

Syaf mengganggap dirinya sudah tidak suci dan tidak layak untuk Farish. Perkahwinan antara Firash dan Syaf diteruskan juga tetapi dilakukan secara rahsia. Tiada ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai yang dikhabarkan dan dijemput termasuk ayah kandung Farish dan Firash, Datuk Fakhrul. Farish telah membawa diri kerana tidak sanggup kehilangan Syaf. Pada hari berlangsungnya akad nikah, Farish telah terlibat dengan kemalangan maut.

Lebih memilukan hati Syaf apabila Firash telah melarang Syaf untuk datang ke majlis pengembumian Farish kerana tidak mahu status mereka diketahui ramai. Kehidupan sebagai seorang isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Firash dan Syaf tinggal berasingan di rumah bujang masing-masing. Firash yang lebih dikenali sebagai Chad di kalangan rakan-rakannya meneruskan kehidupannya sebagai seorang pelajar universiti dalam jurusan kejuruteraan.

Datin Farizah terpaksa ikut kehendak anaknya yang kurang matang itu dan berusaha untuk menyatukan Firash dan Syaf di bawah satu bumbung satu hari nanti. Syaf kembali bekerja sebagai jurutera. Jarang sekali Firash dan Syaf berjumpa. Kalau bertemu, Firash sering melemparkan kata-kata sinis untuk menyakitkan hati Syaf manakala Syaf hanya menelan dan memendamkan dalam hatinya. Suatu hari, Datin Farizah telah merancang kenduri arwah buat Farish yang akan diadakan di kampung mereka di Terengganu. Syaf dipelawa ikut bersama.

Syaf hanya dikenali sebagai anak angkat kepada Datin Farizah sahaja untuk mengelakkan sebarang kemusyikilan. Di sana, Syaf bertemu dengan rakan universitinya, Haqimy yang juga merupakan abang sepupu kepada Firash. Pertemuan itu membawa kembali nostalgia mereka semasa belajar. Melihat kepada kemesraan Syaf dan Haqimy, Firash berasa cemburu. Syaf telah ditugaskan ke Kerteh, Terengganu. Firash memberi persetujuan kerana dia juga bakal menjalani latihan pratikal di tempat Syaf bekerja. Syaf terkejut apabila berjumpa dengan Haqimy yang juga bekerja di situ.

Bermulalah pelbagai insiden yang melucukan kerana Haqimy yang tidak mengetahui status sebenar Syaf dan Firash telah mula mengambil berat dan menyayangi Syaf. Dalam marah dan cemburu kepada Haqimy, Firash mula mengambil hati Syaf. Apabila Syaf mula terharu dengan usaha Firash, dia menerima sepucuk surat misteri yang berbau ugutan beserta VCD yang menunjukkan kemesraan Rania dan Firash. Raina tidak pernah berputus asa untuk menggoda Firash walaupun mereka ialah adik-beradik tiri kerana Firash bakal menjadi waris tunggal harta Datuk Fakhrul.

Firash cuba memberi penjelasan tetapi keadaan bertambah rumit sehingga Syaf meletak jawatan dan menghilangkan diri. Sejak itu, baru Firash sedar akan ego dan sikap kurang matangnya telah mensia-siakan cinta Syaf kepadanya. Bagaimanakah Firash membuktikan kesungguhannya untuk menyayangi dan menjaga Syaf sebagai isterinya?

Lakonan, Tiz Zaqyah (Syaf), Izzue Islam (Firash / Chad), Qi Qushairi (Haqimy), Uqasha Senrose (Rania), Azlee Khairi (Raimy), Fezrul Khan (Farish), Zuhairi Ibrahim (Datuk Fakhrul), Wilma (Datin Farizah), Marisa Yasmin (Aida) dan ramai lagi.

Friday, June 7, 2013

Family trip to Langkawi 2013

1st Family trip ke Pulau Langkawi (6 Jun 2013 - 8 Jun 2013). Seronok sbb ramai ahli keluarga yg 1st time ke Langkawi dan 1st time naik flight.

ke airport bayan lepas. Parking kt airport sehari RM20. 
better parking kt airport daripada naik teksi.


Menunggu dengan penuh kesabaran....


 Akhirnya.....
                                           



Aktiviti wajib kalo dtg langkawi.....Island Hoppin. RM240 untuk 1 bot. blh muat 13 org. Berbaloi sgt.nama owner bot tu En Amin. thanks En Amin.




my cameraman & my hubby


cian....aqil@adik demam. muka pun blurr ja.



sebelum berangkat blk ke penang, mak terperasan IC tak dapat dikesan...masing-masing cuak. ada plak yang kena tgl sehari lg kat langkawi ni. my brother in law cadangkan buat taktik kotor kumpul boarding pass & IC ramai2 supaya stewardess tak perasan.huhu...nebes jgk. tp last2 minit ktrg decide nak terus terang je dgn staff airasia...dan langkah ni mmg bijak dan terbaik sbb xsusha pun.just isi borang kat kaunter.isi nama, no IC & sign. alhamdulillah selamat semuanya...nebes2. moral of the story terus terang je xla susah hati.