Wednesday, July 3, 2013

terima kasih...

2007

Tahun 2007. Selepas menamatkan pengajian di peringkat degree di uitm. Sy telah mendapat panggilan dari JPA untuk menghadiri sebuah peperiksaan di Ipoh. Kenapa kat Ipoh?? sebab sendiri yang apply kat Ipoh. Yang xbestnya adalah xpernah pun jejakkan kaki ke Ipoh. huhu...

Intro....sy berasal dari keluarga yg sederhana dari sebuah kampung. Kenderaan rasmi family adalah motosikal. So, setiap kali jika ada pendaftaran masuk asrama atau university abah akan sewa kereta dan drivernye sekali. Berbalik pada exam JPA di Ipoh, dah sah2 kena travel alone....tapi xpe dah biase. Alhamdulillah atas pemberianNya.

sehari sebelum test JPA
Bertolak dari rumah ke Ipoh dengan bas lompat-lompat. Nak stay kat mana malam ni? waduhhh.....nasib baik boss kakak (perempuan yer) ada kursus kat ipoh. Tumpang tido hotel die.mmg la malu tp nak buat camne.xde alternatif lain.

Sampai je kat ipoh dah agak lewat petang. Janji dengan boss kakak tunggu dekat stesen bas Ipoh. Tunggu punya tunggu boss tak dtg pun. Rupa-rupanya dkt Ipoh ni ada dua stesen bas. Patut la tunggu tak datang2. Tersalah tempat daa. Dekat-dekat pukul 7 boss kakak datang.1st time jumpe..segannyer nak tumpang tido lak tu..malam tu makan sekali kat kursus diorg dan balik tido.sejuknyer hotel ni...nak adjust aircond xpandai.tak pe lah janji tdo...zzzzzz.

Pagi-pagi buta dah bertolak ke stesen bas. naik bas menuju ke sekolah/pusat peperiksaan. perlu naik 2 bas dan perlu mengambil teksi untuk sampai ke pusat tersebut. Sampai je di perhentian teksi, seorang pakcik teksi offer diri untuk hantar ke pusat tersebut. dalam perjalanan ke pusat tersebut jalan sangatlah jam dengan kereta parents yang menghantar anak2 mereka untk tujuan yang sama. sampai setengah jln pakcik teksi bagi cadangan untuk guna jalan short cut ke pusat tersebut.angguk kepala... iye kan je sebab takut lewat ke peperiksaan. Pakcik teksi tu pun zupp masuk ke kiri jalan dan tembus ke sebuah kebun sayur-sayuran. Pada masa ni baru rasa menyesal dengan anggukan tanda setuju untuk short cut.seramnye jalan ni.xde manusia langsung. ada pokok dan sayur-sayuran je.selamat tak ni. baca doa dalam hati sambil pegang handphone ready nak call sape2 kalo jadi apa2. masa ni memang tawkkal pada Allah s.w.t. 

Dan akhirnya sampai ke satu simpang yang dah nak dekat ngan pusat tu.rasanya berjaya potong berpuluh2 biji kereta. Pakcik teksi tu cuma mampu hantar sampai ke tempat tu je sebab jam teruk. alhamdulillah selamat dengan izin Allah. Baru sampai simpang. ada lagi dalam 1km yang agak berbukit. turun dari teksi terus berjalan sambil pandang kereta2 yang tengah berpusu-pusu menempuh jam menuju ke destinasi yang sama.tiba-tiba ada sebuah kereta berhenti. Pakcik A dalam kereta offer untuk menumpangkan kereta.emmm...ok jugak tumpang.berat gak beg ni.Sembang-sembang sikit dengan pakcik A dan anak die dlm kereta. dah sampai di tempat kejadian. pakcik A yang tumpangkan tadi pesan balik nanti tunggu la pakcik blh tumpangkan untuk balik pulak...emm senyum je. Terima kasih banyak-banyak pakcik...

5.00 ptg
Fuhh lega dah settle exam.walaupun tak boleh buat.soalan SPM.mane ingat dah ayoooo.memang hentam je td. masa dah la sekejap sgt....Dah siap exam,nak ke mana yek.Cuba la tunggu pakcik A tadi. Memang pakcik A tunggu. bagusnya pakcik ni. Pakcik A tengah sembang-sembang dengan seseorang."Orang kampung awak ni"."hah pakcik B ni orang bagan serai ke?" excited plak. tak...rupanya dia pernah ada kampung di Bagan Serai. tapi dah xde sesape dah.so jarang blk kg.

sementara tunggu kereta yang berduyun2 tu pakcik2 tadi ajak minum petang di cafe. walaupun segan dan malu ikut je.nak blk teksi pun tak nampak hidung..masa minum tu pakcik2 ni decide supaya ikut pakcik  B sebab pakcik A jalan lain. Pastu diorg cadangkan suh tdo rumah pakcik B sebab hari dah lewat. huhu. tanpa fikir panjang terima je offer tadi sbb fikir kalo smpai lewat kang tdo tepi jalan.

Lepas minum petang terus menuju ke kereta Pakcik B bersama anak perempuannya. dalam hati fikir ok la boleh kawan dengan anak die ni nanti kt rumah. Sampai di sebuah rumah di sebuah taman perumahan, anak perempuan pakcik ni turun dan kami bersalaman. Rupanya dia dah smpai rumah die....dan sebenarnya die dah kawin dan tinggal asing dgn pakcik B ni.alamak...macam mana ni?Pakcik B teruskan pemanduan. Lebi kurang 10 minit kemudian, kami sampai di sebuah rumah kuaters. Kuaters RTM Ipoh. Kami disambut oleh seorang makcik iaitu wife pakcik ni. Mesti makcik ni terkejut...sape pulak la suami die bwk blk. Salam dengan makcik tu dan kenalkan diri.kat rumah tu ade sorang anak perempuan die dan seorang anak lelaki. Anak perempuan die nama Kilah..bolehlah buat kawan ..rumah agak berserabut. biasa la mesti tak aspect org nak dtg rumah...maaf ye makcik. Malam tu dinner di rumah pakcik bersama anaknye Kilah...memang tak terbayang yg malam ni akan mkn dan tdo kt rumah org yang xdikenali. inilah namanya takdir...Keesokan pagi Kilah hantar ke stesen bas Ipoh. terima kasih pakcik sekeluarga. Hanya Allah swt yang dapat membalas jasa pakcik sekeluarga. sebelum balik sempat bertukar-tukar no telefon dan alamat rumah.

Alhamdulillah...walaupun exam JPA tak berjaya tapi pengalaman yang berharga ni akan sentiasa di ingatan. Insyallah selamanya. 






    







   

No comments:

Post a Comment